KAEDAH PAK 21 HB (HALIJAH BONGKEK)
- halijahbongkek123
- 21 Sep 2020
- 5 min membaca
Updated: 23 Okt 2020
AMALAN-AMALAN BAIK PDPC PAK 21
Pelbagai Kaedah Pdpc
Kaedah-kaedah ini dihasilkan melalui pemerhatian dan pengalaman semasa di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid telah mendorong guru sebagai pemudahcara secara kreatif dan inovatif mencipta beberapa kaedah yang sesuai bagi mendorong dan menggalak pembentukan murid yang komunikatif, kolaboratif, kreatif, kritis dan beretika serta mempunyai nilai-nilai murni. Melalui kaedah-kaedah ini mutu serta prestasi pencapaian murid dapat ditingkatkan dengan cemerlang sebagaimana yang telah dibuktikan dengan keputusan peperiksaan mereka. Berikut adalah kaedah kaedah yang telah dilaksanakan dalam pdpc selain yang telah disarankan oleh Kementerian Pendidikan Negara seperti round table, think pair share, hot seat, gallery walk dan one stay two stay.
1. Kaedah Mastermind
Aktiviti:
· Kelas dibahagikan beberapa kumpulan berpasangan ( Think Pair Share)
· Murid bersama pasangannya diberikan satu nombor tertentu
· Murid akan bergerak membentuk kumpulan baru mengikut nombor yang diberikan
· Murid berbincang tajuk ( small topic) yang diberikan dengan benar benar faham dan hasil perbincangan ditampal dihadapan kelas (peta i-Think)
· Selah selesai perbincangan murid kembali ke kumpulan asal dan menjadi 'mastermind ' topik berkenaan dalam kumpulannya
· Satu/ dua kumpulan buat pembentangan dan yang lain respon untuk soal jawab (pembentang dengan peta i-Think)
PAK 21:
· Komunikatif dan kolaboratif
· Saling berkongsi/ membantu/ melengkapi
· sentiasa berfikiran terbuka dan bercambah
· Berani , berkeyakinan dan mengurangkan tekanan
· menguasai ilmu dan menyampaikannya
Kaedah Refleksi ( penilaian pencapaian objektif secara keseluruhan)
· showdown
· shout out
· writting station
· rubrik (PBD)
· S.A.M.R
2. Kaedah Talk About
Aktiviti
· Setiap kumpulan diberi kad warna berbeza dan topik yang sama utk perbincangan
· Wakil kumpulan ke hadapan menerangkan berkaitan topik dan berhenti bila isyarat warna kad merah ditunjukkan. ( wakil seorang, berdua atau berkumpulan, pembentangan melalui teknik forum, peta i-Think, simulasi dan pelbagai mengikut kebolehan dan kemahiran murid)
· Sebelum kembali ke kumpulan, seorang wakil memilih kad warna bagi menentukan kumpulan yang akan meneruskan pembentangan seterusnya
· Wakil kumpulan berikutnya memberi keterangan secara bergilir mengikut kumpulan sehingga topik selesai
· Sesi soal jawab/ dailog dilakukan semasa aktiviti dijalankan bagi menggalakkan komunikasi dua hala dan percambahan fikiran.
PAK 21
· kolaboratif/komunikatif/kreatif
· semangat sepasukan
· intergriti
· kemahiran berfikir
Kaedah Refleksi ( penilaian pencapaian objektif secara keseluruhan)
· Writing station
· shout out/ kuiz
· showdown
· rubrik (PBD)
· S.A.M.R
3. Kaedah Chain Story
Aktiviti A
· Guru memaparkan soalan/ tajuk perbincangan , contoh..( mula)Hamzah sering mengambil..............................................( akhir) tiba tiba air mata deras mengalir tanda keinsafan)
· Murid berbincang ( cafe/ table cloth) dalam tempoh masa yang ditetapkan
· Guru membaca teks/ayat pembuka tajuk dan disambung oleh wakil kumpulan secara bergilir gilir mengikut turutan sehingga akhir.
atau Aktiviti B
· Guru memaparkan soalan/ tajuk perbincangan . Contoh.. . Ponteng sekolah dan cara mengatasi
· Murid berbincang ( cafe/ table cloth) dalam tempoh masa yang ditetapkan
· Guru membaca / memaparkan soalan/isu kepada kumpulan pertama untuk dijawab dan disambung oleh kumpulan seterusnya secara bergilir gilir mengikut turutan sehingga akhir. Murid menyambung cerita berdasarkan fakta yang diberikan oleh guru Contoh...maksud...faktor...akibat...peranan guru...ibubapa.......)
PAK 21
· kreativiti
· pemikiran kritis
· komunikatif
· kolaboratif
· Kemahiran menyelesaikan masalah
· Saling berkongsi/ membantu/ melengkapi
· Sentiasa berfikiran terbuka dan bercambah
Kaedah Refleksi ( penilaian pencapaian objektif secara keseluruhan)
· Shout out/ kuiz
· showdown
· rubrik (PBD )
4. Kaedah Writing Station
Aktiviti
· Murid berada dalam kumpulan bersama mini white board dan pen
· Guru mengedarkan kertas yang mengandungi soalan dan murid berbincang ( cafe/ table cloth) dalam tempoh masa yang ditetapkan
· Wakil kumpulan bersama mini white board berada di station dan bersedia untuk menulis jawapan
· Wakil kumpulan menulis jawapan ( satu point shj) secara bergilir sehingga selesai
· kumpulan yang pertama yang menyerahkan jawapan adalah kumpulan pemenang
· Guru membincangkan jawapan setiap kumpulan dan menentukan pemenang ( shout out/brain storming)
PAK 21
· Pemikiran kritis
· komunikatif
· kolaboratif
· Kemahiran menyelesaikan masalah
· Semangat berpasukan / berdaya saing/ juang/ tolong menolong
Kaedah Refleksi ( penilaian pencapaian objektif secara keseluruhan)
· Shout out/ brain storming
· showdown
· rubrik (PBD )
5. Kaedah Catch The Colour
Aktiviti
· Murid berada dalam kumpulan dan menulis soalan serta jawapan di kad
· Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar dan memasukkan dalam kotak warna secara rawak
· Wakil kumpulan datang dan mengambil kad serta membacanya kepada kumpulan lain
· Murid menyemak jawapan yang diberikan/ pembetulan
· 2 markah bagi jawapan yang betul dan 1 markah bagi kumpulan yang membetulkan jawapan yang salah
· Kumpulan yang paling banyak mendapat markah adalah pemenang - ganjaran diberikan oleh guru
· Peranan guru muda diperlukan bagi menyemak dan membetulkan jawapan
PAK 21
· Pemikiran kritis
· komunikatif/ kolaboratif
· Kemahiran ilmu dan maklumat
· Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
· semangat berpasukan
Kaedah Refleksi ( penilaian pencapaian objektif secara keseluruhan)
· Shout out/kuiz
· showdown
· rubrik (PBD )

6. Kaedah Paste and Pick
Aktiviti
· Murid berada dalam kumpulan dan menulis soalan
· Wakil murid menampal kertas beserta soalan yang dibina
· Murid bergerak memilih dan mengambil soalan untuk menjawabnya dalam kumpulan masing masing.
· Murid menampal semula kertas soalan dan kertas jawapan di hadapan kelas
· Guru menilai hasil jawapan murid dan sesi soal jawab
· Gerak kerja diteruskan dengan kaedah yang sama bagi menambah info
· Peranan guru muda diperlukan bagi menyemak dan membetulkan jawapan
PAK 21
· Pemikiran kritis
· komunikatif/ kolaboratif
· Kemahiran ilmu dan maklumat
· Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
· semangat berpasukan
Kaedah Refleksi ( penilaian pencapaian objektif secara keseluruhan)
· Shout out/kuiz
· showdown
· rubrik (PBD )
7. Kaedah Traveling Case
Aktiviti:
· Murid berada dalam kumpulan bersama beberapa set soalan yang telah disediakan oleh guru
· Murid menyelesaikan masalah mengikut urutan langkah soalan ( langkah 1, langkah 2 dan seterus sehingga menemui jawapan )
· Guru bergerak bersama kertas soalan yang sama dari satu kumpulan ke satu kumpulan bagi melengkapi urutan langkah jawapan sehingga selesai. ( murid menjawab hanya bahagian langkah yang ditetapkan )
· Guru memaparkan kertas soalan beserta jawapan dan sesi soal jawab.
· Ulangi gerak kerja dengan kertas soalan yang baru
· Peranan guru muda diperlukan bagi menyemak dan membetulkan jawapan
PAK 21:
· Komunikatif dan kolaboratif
· Saling berkongsi/ membantu/ melengkapi
· sentiasa berfikiran terbuka dan bercambah
· Berkeyakinan dan gigih
· menguasai ilmu dan kemahiran
Kaedah Refleksi ( penilaian pencapaian objektif secara keseluruhan)
· showdown
· shout out/kuiz
· forum
· rubrik (PBD)
8. Stand, Recite –n - Share
Aktiviti
· Murid berada dalam kumpulan berbincang dan mengingat fakta/isi penting tajuk yang diberi oleh guru
· Murid bergerak dalam kumpulan ke tempat yang selesa untuk menghafal bersama-sama sambil bersoal jawab
· Murid berjumpa guru untuk diuji.
· Guru menilai hasil jawapan murid dan sesi soal jawab
PAK 21
· Pemikiran kritis
· komunikatif/ kolaboratif
· Kemahiran ilmu dan maklumat
· Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
· semangat berpasukan
KAEDAH REFLEKSI ( penilaian pencapaian objektif secara keseluruhan)
· Shout out/kuiz
· showdown
· rubrik (PBD )
Aplikasi Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Pdpc yang berkesan berpunca dari kemahiran guru dalam mengendali dan mengaplikasi bahan bantu mengajar (BBM) sewaktu dalam kelas. Para pelajar merasa berminat, terangsang, lebih faham, realistik tentang topik yang diajar dan merasa seronok dengan kesesuaian bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan. Ianya mestilah bersifat membantu dan memudahkan para pelajar dalam mencetus, mengutara dan mengolah idea sama ada secara individu atau pun berkumpulan. Adalah lebih bermakna jika ia boleh digunapakai bagi melahirkan kemahiran 4K 1N iaitu Kolaboratif, Komunikatif, Kritis, kreatif dan Nilai murni. Banyak bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan bagi kelas 5 Akasia namun yang menjadi pilihan guru ialah mini whiteboard. Melalui pengalaman yang dilalui oleh guru dan pelajar sendiri penggunaan mini whiteboard memberi impak sangat positif dalam:
· menghasilkan suatu ikon idea yang menggabungkan idea-idea terbaik dari ahli ahli kumpulan
· merangsang pemikiran kritis bagi membentuk gabungan idea yang tepat dan betul
· Melahirkan solusi yang kreatif dalam mengolah idea
· menghasilkan jawapan yang cepat dan padat
· memudahkan pergerakan pelajar melakukan pembentangan dan menjimatkan ruang
· merangsang pelajar dalam mengutara dan mengembangkan idea berdasarkan kata kunci yang pendek dan rengkas
· Melahirkan semangat saling membantu, percaya mempercayai dan kemesraan di kalangan ahli kumpulan
Secara keseluruhan penggunaan mini whiteboard secara maksimum dalam pdpc sangat membantu para pelajar mencambah fikirandalam memahami dan mengolah jawaban-jawaban yang tepat dan betul terutama dalam soalan-soalan KBAT Pendidikan Islam dan matapelajaran lain.
UMMI JAH HOMESTAY
Cikgu bob suka dgn kerja2 yg ummi tinggalkan utk kemwnjadian murid2 smk dato seth... Tahniah ummi...
Tahniah mi..🥰 moga perkongsian umi ni dapat membantu lebih banyak guru untuk mengamalkan PAK21 dalam Pdpc untuk membantu pelajar lebih cemerlang dalam pelajaran..aminnn..💖
Terbaik Umi~ 😍👍🏻 Semoga kaedah dan cetusan idea dari Umi ni dpt membantu para guru dan murid2 utk jadi lebih cemerlang dlm sistem pengajaran dan pembelajaran. In shaa Allah.. 🤲🏻☺️
cetusan idea adalah dari pembacaan,penganalisaan , pemerhatian dan pengalaman di dalam kelas. PAK 21 sangat membantu saya dalam meningkat prestasi murid terutama di saat saat akhir untuk menghadapi peperiksaan dengan kaedah stand recite n share, mungkin rakan rakan boleh mencuba terutama dalam subjek pendidikan Islam....sila tinggalkan komen sebagai momentum saya untuk terus maju